Jul 19, 2013

Bonus Oh Bonus Raya...

Hi all,

Cakap pasal bonus semua orang mesti senyum gembira...tapi kali ni lain pulak ceritanya..semalam saya tengok berita PM kita cakap bonus raya kakitangan awam masih dalam pertimbangan...seriously? kita dah puasa dekat 2 minggu dah tapi masih dalam pertimbangan? kalau macam ni la gayanya kemungkinan besar takde rezeki la kut penjawat awam nak merasa bonus raya bagi tahun 2013 ni..

Sedih dan kecewa pun ada, walaupun bonus raya ni bukanlah wajib, tapi sekurang-kurangnya kalau ada bantuan ni dapatlah mengurangkan beban belanja untuk raya..dah nama nak raya mesti ada persiapan kena buat, tak besar-besaran, buat secara ala kadar. kami ni walaupun nama pegawai sekalipun, bukan gaji macam menteri-menteri..mungkin sebab tu pemimpin-pemimpin kita takleh faham kesusahan dan kesempitan kita...zaman diorang muda dulu mungkin RM 10 tu dah boleh beli macam-macam...kalau zaman sekarang, 1-2 barang dah RM10...kalau setakat pendapatan isi rumah RM3000-RM4000 tu duduk kat KL atau pinggir KL, saya kira masih tergolong dalam golongan miskin bandar...kami bukan gaji puluh-puluh ribu...

Semakin kos hidup meningkat, semakin terasa sekiranya pegawai-pegawai kerajaan (tak tahu lah jabatan saya je ke, semua jabatan lain pun sama) ni diabaikan kebajikannya...sudahlah ditransfer selang setahun, claim bukan main susah nak approve (siap tak percaya my hubby ikut pindah), pastu tak sediakan kuarters pulak tu (kelam kabut cari rumah sewa dalam masa seminggu)...bukan nak cakap tak bersyukur ada peluang naik pangkat, tapi rasa macam tak boleh nak settle down kat mana-mana..kami pun ada jugak rasa nak duduk dengan tenang kat satu-satu tempat tanpa hidup dalam kelam-kabut dan tak secure apabila kami bila-bila masa sahaja boleh ditukarkan ke sana sini...nak beli rumah pun berbelah-bahagi...and walaupun boleh claim pindah, betapa penatnya proses berpindah selang setahun tuhan je yang tahu...kalau tak ada orang tolong boleh pengsan...

Tapi apepun, dah off topic...i dont think people want to read my endless rambling :) on a brighter note..HERE'S HOPING DUE CONSIDERATION WILL BE GIVEN BY PM'S GOVT TO APPROVE THIS RAYA AIDILFITRI'S 2013 BONUS TO BE GIVEN TO THE GOVT SERVANTS WHO HAD SERVE THE PUBLIC SELFLESSLY AND WITH DEDICATION. TQ

P/S: tiada niat/male fide untuk memalukan mana-mana pihak cuma ingin berkongsi dilema yang dialami..

Fingers Crossed :)


No comments:

Post a Comment