Jun 18, 2013

Senarai Novel English Bacaanku - setakat Jun 2013 Part 1

Ini adalah entri senarai novel English yang telah dibaca sedari Januari 2013 sehingga Jun 2013 dan komen berkenaan novel-novel tersebut:-

1. 50 Shades of Grey (Book #1-Book #3) oleh E.L James - tak sangka buku ni amat "sweet"...tapi WARNING!..baca dengan fikiran terbuka dan bukan untuk bacaan remaja...pembaca DEWASA sahaja...mengisahkan seorang pelajar universiti Anastasia Steele yang terjebak dalam dunia Christian Grey, jutawan muda yang misterius...kalau nak tahu lebih lanjut kena baca sendiri :P


2. The Hunger Games Trilogy (Book #1-Book #3) oleh Susanne Collins - penceritaan yang mendebarkan dan berkait rapat dengan isu politik. telah diterjemah dalam bentuk filem dan tidak banyak penukaran jalan cerita. A must read! saya selalunya sukakan genre Romance namun novel-novel ini terlalu menarik untuk diabaikan. Novel ini mengisahkan Katniss Everdeen, 16 tahun yang tinggal di negara bernama Panem di mana setelah perang saudara (pemberontakan) berlaku di 13 daerah, mereka dikalahkan oleh The Capitol dan terpaksa hidup dalam kesengsaraan. 12 daerah yang kalah terpaksa menghantar 2 wakil dari setiap daerah setiap tahun untuk menyertai Hunger Games di mana mereka terpaksa bertarung sehingga mati antara satu sama lain sebagai tanda penyesalan atas pemberontakan yang cuba mereka lakukan terhadap Capitol. Hanya 1 sahaja pemenang yang akan dinobatkan sebagai Victor dan pertandingan tersebut akan ditayangkan secara reality TV...satu novel yang menyayat hati namun membangkitkan semangat juang...




3. Fever Series (Book #1-Book #5) oleh Susan Marie Moning- satu lagi siri thriller yang menarik. pada permulaan yang agak slow, namun novel ini mampu membuatkan berjuta-juta peminat novel membaca berulang-ulang kali. saya sendiri membaca lebih 10 kali. novel ini berkenaan Mackayla Lane, seorang yang happy-go-lucky, terpaksa berhadapan dengan dunia di luar jangkaannya. dan segalanya bermula apabila kakaknya Alina dibunuh di lorong belakang Kota Dublin. cerita ini mampu membawa kita ke alam fantasi sepertimana novel Harry Potter dll...





4. The Best of Me oleh Nicholas Sparks - sebuah lagi novel cinta dari Nicholas Sparks. tapi saya geram kalau baca novel Nicholas Sparks ni mesti novel cinta yang sedih. kalau tak hero, heroin yang mati...huhuhuhu....paling sedihnya cerita A Walk to Remember la..yang diadaptasi jadi movie, tapi novel dia memang lagi sedih dari movie. The Best of Me ni pasal Amanda Collier dan Dawson Cole yang masa remaja melalui zaman cinta monyet. tapi setelah 25 tahun berpisah, dan ada kehidupan sendiri, mereka bertemu semula..dan kenangan lama menjelma...





5. I've Got Your Number oleh Sophie Kinsella - penulis novel ini tidak asing dengan tema konflik dalaman pencerita dalam novel dan masalah mereka sepertimana siri novel terkenalnya iaitu Shopaholic. cerita ini adalah kisah cinta yang ringan dan sesuai dibaca ketika bercuti...novel ini menceritakan tentang Poppy Wyatt yang telah menghilangkan cincin tunangnya yang mahal dan bermula dari situ, satu persatu tragedi (kejadian yang melucukan) terjadi di mana dia menjumpai handphone di dalam tong sampah sehinggalah dia bertemu businessman Sam Roxton...seperti biasa heroin novel Sophe Kinsella selalunya kelam kabut tapi menceriakan jalan cerita...novel yang lucu dan menyeronokkan...





6. The Duke is Mine oleh Eloisa James - saya tak biasa baca penulisan novelis ini tapi terpanggil untuk order buku ni sebab masuk bestseller list. tapi sebagai penggemar Historical Romance saya tidak berapa suka jalan ceritanya dan memang ceritanya tidak melekat di fikiran...




7. Eat, Pray, Love oleh Elizabeth Gilbert - cerita tentang penemuan diri sendiri oleh seorang wanita. ia adalah sebuah memoir mengenai pengalaman penulis setelah bercerai dengan suaminya dan apa yang ditemuinya setelah melalui pengalaman pahit perpisahan dan membawa diri ke Itali untuk makan, ke India untuk mengabdikan diri kepada pencarian spiritual dan ke Bali untuk mencari keseimbangan hidup...satu novel yang menarik dalam perjalanan mencari cinta...novel ini telah difilemkan dan watak Liz dibawa oleh Julia Roberts dengan baik sekali...kebetulan saya beli novel ini semasa di Bali, jadi dapat menghayati dan relate dengan penceritaan novelis...




                                                                                                                      to be continued.........

No comments:

Post a Comment