Jul 11, 2013

Kemeriahan Ramadhan

Hai Kawan-kawan and Readers,

Emas dan Perak Cantik Ditempa,
Disulam Pula Dengan Suasa,
Bulan Ramadhan Sudah Menjelma,
Menahan Lapar Adat Berpuasa.

Dah masuk bulan puasa ni, terasa kemeriahannya bila tiba waktu nak berbuka. Balik je kerja, terus serang pasar Ramadhan yang berdekatan. Oleh kerana kami suami isteri baru je 4 bulan berpindah ke Selayang ni, maka nilah kali pertama kami berpuasa di sini. Jadi, tak tahu lah dekat mana yang sedap etc. Semalam misi round pasar Ramadhan. Kami round sekitar Selayang ada la nampak dalam 3-4 pasar. ada yang kecil, ada yang besar. Last-last kami pergi je beli nasi Briyani kat Pasar Malam depan Selayang Mall tu. akan ada setiap Rabu. sah-sah dah tau rasa macam mana kan. Sebabnya yang jual nasi Briyani tu tuan rumah kami :)

Lepas tu balik la berbuka puasa berdua kat rumah. Sedih je buka puasa berdua.(tapi 2 is better than 1 kan? :D) Teringat kalau buka puasa kat rumah ma. Time adik beradik semua duduk rumah lagi. Kami 7 beradik, jadi dapat bayangkan la betapa riuhnya time berkumpul. Tapi walaupun 7 beradik, dalam satu-satu masa cuma ada 3 ke 4 orang je (tak termasuk ma ngan abah la). Jarang la tujuh-tujuh orang ada kat rumah sekaligus, kecuali musim raya masa semua belum kawin jela...Lepas semua dah besar ni, kadang-kadang raya pun tak sempat jumpa. Kekadang bertanya kabar kat FB je. 

Ni yang rasa nak balik Kelate ni...berbalik kepada isu kemeriahan bulan puasa, takleh lari la dari cerita tentang makanan...heheheee..favourite ni...sebab kita dah sehari menahan nafsu makan, akan jadi excited la time nak beli makanan buka puasa. Kalau yang jenis wasatiah tu, mungkin mampu menahan nafsu membeli makanan buka puasa berlebihan. tapi bulan puasa ni memang mencabar keimanan la. dengan ayam percik nya, dengan pelbagai lauk pauk, nasi briyani dan tak lupa, ayam golek. tu tak sebut dessert lagi...kalau kat kelantan ...dengan jala mas nya, bunga tanjung nya, puding caramel nya (skrg ni dah pandai buat sendiri...yeay!)...arghhh..dah terbayang semua di depan mata..MANA AKU NAK CARI JALA MAS KAT SELAYANG NI?....

Selalunya my mom akan masak special-special time buka puasa. tu part paling seronok..my favourite is ikan terubuk bakar!! wawawawaa...walaupun ikan ni banyak tulang dan terhegeh-hegeh kalau nak makan, adus sedapnya...makan ngan kicap+bawang perah limau nipis lagi sedap...kalau makan ikan terubuk ni terseksa betul time nak sahur la..ngan mengantuk-mengantuk tu, nak belek isi ikan buang tulang...hehehe...nasib tak baik boleh tercekik...

Kalau buka puasa kat rumah mertua pulak selalunya my father-in-law akan beli murtabak...itu wajib hari-hari dia akan beli. Lepas tu kalau tak gi sendiri kat pasar Ramadhan stadium, kami gi kat berek 12. ada makcik jual karipap besar yang sedap... tapi selalu kena marah ngan encik suami sebab beli banyak makan 1-2 je ...hehehee...kalau pasar Ramadha stadium selalu jugak beli nasi Briyani yang ada 3 kawah besar tu...tapi paling suka kalau mak mertua masak kuzi...ngeh-ngeh....sampai sekarang tak reti buat walaupun dah ambik resepi...sedap tahu kuzi KB...

malam-malam lepas terawih pulak kalau kat KB dan sekitarnya ada budaya ccollek...

aaahhh..ajak my hubby balik kelate jugakla hujung minggu ni....owh..and by the way THE RED WARRIORS MENANG PIALA FA!WOHOOOOOOOOOOO!! 

No comments:

Post a Comment